Musim perayaan cukup bermakna bagi aku . .
Pesal aku cakap macam tu?
Tak cukup bermakna bagi orang lain jugak kah?
Cerita yang panjang kalau ingin di rungkai kan oleh aku.
Susah di rungkaikan dengan hanya jari jemari aku menari di keyboard.
Cerita yang senang kalau MULUT aku yang menceritakan.
Lebih petah aku berbicara jika bahasa kebanggaan aku-bahasa Kelantan, yang aku gunakan.
KenapaKAH?
KasarKAH inti ceritaku?
Warna-warniKAH?
IndahKAH?
MeriahKAH?
Ape benda KAH?
Atau sesuatu KAH?
Jawapan sebenar ade pada "KAH".
Warna-warniKAH?
IndahKAH?
MeriahKAH?
Ape benda KAH?
Atau sesuatu KAH?
Jawapan sebenar ade pada "KAH".
Ape yang terlintas difikiran hanya gelak tawa yang sentiasa tertera di dalam kotak dialog kartun komik Ujang, Gila-gila, dan sebahagian komik yang aku tidak tahu. Gelak tawa yang menyindir seseorang. Iya, memang menyindir!!!
"Ku harapkan Hari Raya Puasa tahun ini berlaku nya peristiwa yang akan menjadi kenangan dalam hidup aku untuk selama-lamanya"
Itu yang aku bisikkan di dalam hati kecil aku setiap malam sebelum aku tidur pada beberapa malam sebelum raya. Orang kata, Tuhan itu Maha Kuasa dan Maha Mendengar malahan Maha Memperkenankan Doa. Orang kate jugak, 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ada nya 1 malam di gelar Malam Lailatulqadar di mana Allah memperkenankan doa-doa hamba Nya. Maybe, time aku terbisik ayat tadi betol-betol kena kat malam tu lah kot. Tuhan perkenankan nya !!!
Teringat aku time aku seorang Ustaz bagitahu aku.
"Nak berdoa, biar lah detail. Bagitahu kat Allah ape kau nak mintak. Jangan pulak kau mintak ala kadar je. Takkan lah kau dah doa semalam, hari ni kau nak berdoa pulak ngan Allah, kau cakap doa kau hari ni sama macam semalam. Memanglah Allah tahu ape yang kau doa semalam, tapi kita sebagai hamba Allah jangan sesekali macam tu. Ia nampak menyindir. Tengok-tengok Tuhan pulak yang sindir kau, baru kau tahu!!!"
* * *
Hari Raya Aidilfitri pada hari pertama di sambut seperti biasa dengan makanan dan hidangan enak di rumah sahabat aku dan saudara-mara yang dekat. Kedua pula aku pulang ke kampung halaman di Melor, Kota Bharu Kelantan. Berjumpa dengan pak cik dan mak cik di sana seperti biasa dan memasak bersama. Malam nye, aku terfikir yang aku masih belum dapat ape yang aku ingin kan. Kenangan di Musim Perayaan.
Aku bangun di pagi hari, melihat sekeliling, memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 7 pagi. Sejenak, terlintas di fikiran ku. Ini hari yang baik dengan cuaca yang sangat baik. "Mesti ada sesuatu yang menarik," bisik hati kecil aku. Bersiap dengan baju raya dan seluar jeans, aku duduk di depan rumah menunggu sesuatu. Ya! Mereka dah datang!! Sahabat2 di kampung aku datang ke rumah aku. Menyatakan hasrat bahawa dioarang akan ke Kemahang untuk beraya di rumah pak cik salah seorang rakan nye. Tapi entah mengapa, badan aku terasa berat untuk mengikut mereka. Aku memandang jam, pukul 12.50 tengah hari. Petang nanti aku ade agenda aku untuk ke rumah mantan Boss aku semasa kerja di kilang perabot.
"Korang pergi lah, aku rasa malas lah. Lagipun rasa macam jauh je. Petang nanti aku kena g rumah Nugi Perabot."
..... "Ala kay, kite pegi kejap lah. Lagipun rumah tu rumah pak cik Mak Lih. Takkan lah kita semua x pegi. Sepupu dye selalu lepak ngan kite."
"Pergi ke x, Kau bawak Motor. Kite pegi kejap dah la," ajakan dye memang sukar aku nak elak.
..... "Kau bawak je lah. Aku duk belakang."
"Haish!!! Yela2."
..... " Kau jgn cakap sembarangan lak nanti. Mulut kau masin lah!!!"
"Xde makna nye. Duk diam lah kau, dah la duk belakang!"
Di iringi gelak tawa rakan2, semua bertolak ke destinasi yang ingin di tujui, Kemahang. Nak x nak, aku kena ikut jugak memikirkan sepupu Mak Lih yang selalu melepak di kampung aku.
Hati kecil membisik "Ini akan jadi kenangan kau!"
Berbunga-bunga hati aku bila itu terlintas di fikiran aku. Mengharapkan kenangan itu tiba.
***********************************************************************************
***********************************************************************************
***********************************************************************************
Aku :"Mak, hari ni raya ke berapa?"
Mak:"Raya ke-4"
Aku:"Mana lagi yang belom kita pegi beraya? Jom kita pergi."
Ayat itu aku lafaz dan aku tergelak besar. KAH KAH KAH!!! Aku tergelak pada diri aku. Aku menyindir diri aku sendiri dengan ungkapan nak pegi raya lagi. Sejurus, aku memang teringatkan kata2 ustaz di atas tadi. Memang betol lah tu. Hati aku masih tergelak mengenangkan ape yang aku minta dan ape yang aku perolehi.
Aku memanndang sekeliling. 5 hari berturut-turut aku melihat benda yang sama di sekeliling aku. Para pesakit terlantar di katil masing2. Di mana aku? HOSPITAL...
Tulang di bahu aku patah, mata aku lebam dengan benjolan besar di bahagian kiri ubun-ubun. Doktor kata aku ada kemungkinan pendarahan di otak yang mungkin menyebabkan Strok. Luka-luka kecil di badan aku cukup untuk meninggalkan parut pada badan aku.
"Inilah Kenangan Yang Aku Di Musim Perayaan," aku tersenyum menyindir diri aku yang terbaring di katil hospital akibat di langgar sebuah kereta.
Bila aku keluar hospital, aku melihat motor, dan kereta yang telah melanggar aku. Tangki minyak Yamaha RXZ remuk dan lebih tepat aku katakan bahagian depan motor rosak teruk. Melihat pula kereta itu 'cedera' di bahagian depan seperti 'nyawa2 ikan' dengan cermin depan yang pecah, tangki aircond hancur, begitulah jua tangki air yang teruk di tambah bonet depan kereta yang kemek teruk.
"Biasa nya, dengan kereta macam ni, motor macam ni, mangsa tak mungkin selamat lagi," terngiang-ngiang kata2 seorang pegawai polis kepada aku.
Tapi, cukup lah dengan aku yang masih bernyawa dan bernafas menyedut gas Oksigen dengan tangan aku masih mampu menempuh peperiksaan di Melaka seminggu selepas kejadian. Mampu pula jari-jari aku menaip kisah diriku. KENANGAN HARI RAYA 2010!!!
KaHkahKAH. ;-)
experience it!
ReplyDeleteAs long as i still alive! KAH KAH KAH . .
ReplyDeletesabar kay.awek suke mamat2 injured.haha!
ReplyDeletetu lah yang kau ajar aku.. Aku xkan lupa itu.. Hahhaha
ReplyDelete