Desiran bunyi enjin motosikal menusuk masuk ke rongga telinga aku dengan tiba-tiba. Aku sudah dapat meneka, itu ialah motosikal yang di naiki oleh mama, walaupun bunyi itu kedengaran masih jauh dari aku. Mengenangkan kembali detik-detik waktu di mana motosikal itu di beli, ia nya masih cantik dan mama boleh menunggangnya dengan penuh bangga memandangkan masih tidak ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang mempunyai motosikal. Pada masa itu, mereka lebih rela memerah keringat mengayuh basikal daripada mengumpul duit untuk membeli motosikal. Huh, zaman itu zaman bila? "Sudah 8 tahun..." bisik hati kecilku. Sekarang, motor milik mama itu tidak lagi dapat di bangga kan. Rakan-rakan mama sudah mempunyai motosikal jenama yang baru, malah ada yang telah berkereta. Umur yang semakin melonjak tua menyedarkan mereka bahawa mereka tidak lagi mampu mengayuh basikal seperti 8 tahun yang lalu. Mereka perlu menggunakan kemudahan teknologi canggih untuk membantu pergerakan mereka.
"Dah makan?" ringkas pertanyaan dari mama.
"Dahhh! Semalam," perkataan 'semalam' itu aku perlahankan. Aku cukup pasti mama tidak mendengarnya. Aku tahu lawak itu memang tidak sesuai untuk aku bila mama berada di hadapanku.
"Mama ada belikan pisang goreng ni, makan je lah dulu kalau nak keluar pergi mana-mana pun."
Huh?! Mama dengar?? Perkataan itu tidak keluar dari mulutku, tapi mata aku yang terbeliak tanda terkejut, cukup untuk menggambarkan situasi aku.
Mama melangkah masuk ke dalam rumah, di iringi senyuman yang cukup bermakna bagi aku. Senyuman itu menghidupkan aku sehingga kini, senyuman itu yang buatkan aku selesa berada di rumah.
"Melihat senyuman ibubapa dan melihat ka'abah, kedua-duanya memberikan kita pahala." Kata-kata Ustaz Mayusof masih jelas dalam fikiran aku. Aku tahu, aku di besarkan oleh senyuman ibu bapa aku sejak kecil, itu lah yang buatkan aku selesa melihatnya.
Selesai menjamah pisang goreng tadi, aku turun dari rumah. Dengan menunggang motosikal, aku menuju ke padang berdekatan dengan kampung aku. Padang ini sangat luas, aku anggarkan sebesar padang stadium. Padang itu terletak di atas tanah kepunyaan arwah Pak Bakar. Khabarnya, sebelum Pak Bakar meninggal dunia, dia menyuruh orang-orang kampung membangunkan tanahnya untuk kegunaan para pemuda di kampung. Orang kampung buat keputusan untuk jadi kan tanahnya sebagai padang, tempat dimana semua penduduk kampung beriadah. Penduduk kampung bermain bola, sepak takraw, badminton, dan sebagainya di atas satu padang - kepunyaan arwah Pak Bakar. Jasa Pak Bakar yang menderma tanahnya untuk kegunaan orang kampung itu di ingati dengan ada nya satu notis ringkas di penjuru padang ini yang bertulis "Padang ini adalah kepunyaan arwah Pak Bakar. Al-Fatihah."
Di padang, aku melihat kawan-kawan aku sudah mula bermain bola sepak. Bola sepak kepunyaan Mamat itu sudah lama berkhidmat, lebih 2 tahun. Warna kuning pada asalnya kini sudah pun lusuh, bercampur dengan lumpur kering yang sedikit sebanyak terlekat pada bola tersebut. Bola? Aku terkedu seketika, dadaku berdegup kencang. Terasa sedikit sebak di dada aku teringatkan kembali satu peristiwa penting....
Fikiran aku menerawang jauh.
....to be continued.
Best Places To Bet On Boxing - Mapyro
ReplyDeleteWhere To Bet On 출장안마 Boxing. It's a sports betting event in which you bet on goyangfc the outcome of a game. In the boxing gri-go.com world, each player must 출장안마 decide if or not to