"Hari yang ceriaaaa!"
Lamunan aku terhenti mendengar iklan Ribena di dalam televisyen. Apa yang aku fikirkan sejak berjam-jam tadi langsung tidak membuahkan jawapan yang aku mahukan.
"Kenapa perlu berubah?" Telinga aku masih terngiang-ngiang dengan soalan tersebut, membutakan mata aku untuk melihat buat seketika, memekak kan telinga dari mendengar, mengganggu benak fikiran aku dari tadi lagi, menyebabkan aku mengelamun panjang.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 petang. Jarum panjang yang agak membengkok sedikit mengingat kan aku kmbali zaman pra matang aku ketika aku masih kecil. Jam di dinding rumah aku itu aku bukak untuk 'membetulkan' masa. Dulu, dalam fikiran aku, jika aku boleh cepatkan pusingan jam tersebut, maka aku akan lebih cepat membesar dan meninggalkan zaman kanak-kanak aku. Ya, itu lah cita-cita besar tinggi melangit aku semasa aku kecil. Angan-angan aku itu tidak bertahan lama, setelah beberapa minit aku memutarkan jarum jam dinding tersebut, aku mula menyedari bahawa aku tidak berjaya langsung mempercepatkan masa. Aku masih di tempat yang sama, dengan ketinggian yang sama, jisim badan yang sama, dan saiz badan masih lagi kecil. Percubaan pertama dan terakhir aku untuk mempercepatkan masa dan meninggalkan zaman kanak-kanak, ternyata GAGAL. Aku yang penuh dengan perasaan kecewa mula menghempaskan jam dinding tersebut ke lantai. Kesannya, jam itu terburai, dan yang penting jarum panjang nya bengkok. Aku langsung tidak menyangka ayah aku akan repair jam tersebut, dan masih mengguna nya sehingga kini.
Aku bangun, berjalan ke dapur dengan harapan masih ada lagi saki-baki makanan yang boleh di makan. Ibu aku keluar sejak tengah hari tadi selepas menjemput adikku pulang dari sekolah. Harapan hanya tinggal harapan, tiada apa pun yang ada di atas meja makan. Sambil mengeluh, aku ke sinki untuk membasuh muka aku, air sejuk dari perigi yang di salurkan ke dalam rumah dengan enjin HITACHI itu membuatkan aku rasa segar kembali. Kesejukan dan kesegaran air dari bawah tanah itu ternyata tiada tandingan, walaupun sekarang sudah ada pelbagai jenis penapis air yang 'konon' nya mampu buat air lebih segar dan kaya dengan mineral dan sebagainya, langsung tidak mampu menandingi air asli dari bawah tanah tersebut. Seketika, aku teringat perbualan aku dengan Pak Hussein.
"Anak perempuan pak cik sakit apa sampai kena tahan kat wad?"
"Haaaa, apa lagi kalau bukan taun. Kat rumah aku aku dah pasang penapis air berjenama, dah moden dah rumah aku tu. Kat bilik mandi pun aku pasang penapis air. Aku nak jaga anak-anak aku supaya sentiasa sihat, tak nak la anak-anak aku semua sakit. Tapi sekarang, aku pulak yang sakit jiwa dengan alatan penapis air tu semua. Tengok lah si Nabilah tu, dah kena taun!" kata Pak Hussein dengan panjang lebar menjawab pertanyaan aku.
Aku tersenyum, dalam fikiran aku, mungkin si Nabilah tu pergi mandi sungai dan minum air sungai, sebab tu lah dia kena taun. Mungkin juga budak tu ada tersalah minum air kat sekolah, ataupun di rumah kawan-kawan nya. Tapi, ada kemungkinan jugak apa yang di katakan Pak Hussein tu betul. Pada zaman teknologi nano yang canggih ni, semua benda pun boleh jadi. Mungkin penapis airnya rosak dan mungkin juga penapis itu bukan di cipta untuk menghalang taun. Yang pasti, setiap benda di dunia ada masalahnya tersendiri.
Sebelum keluar dari dapur, aku sempat membasahi tekak aku dengan secawan teh yang sudah sejuk. Kaki aku membawa aku ke tingkap rumah di ruang tamu. Suara gelak tawa beberapa orang budak dalam lingkungan usia 5-8 tahun kedengaran. Anak mata aku tepat melihat adikku dan kawan-kawan nya bermain riang di hadapan rumahku. Dulu, depan rumah aku ada sebatang pokok jering yang sangat besar. Semasa aku kecil, aku memang suka memanjat pokok tersebut dengan kawan-kawanku. Selepas peristiwa seorang kawan aku jatuh dari pokok tersebut, ayah mengambil keputusan untuk menebang pokok tersebut.
"Kau ni suka sangat ajar kawan kau buat benda yang tak elok. Sekarang pokok ni dah takde, kau main la benda lain. Jangan panjat pokok lagi!" kata-kata ayahku membuatkan aku menyesal kerana mengajak si Mamat memanjat pokok jering itu. Tapi, penyesalan aku tidak mengubah apa-apa. Nasib baik Mamat selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan yang parah.
"Mamat!" nama kawan baik aku semasa kecil tersembul dari mulutku. Sudah tiga bulan abang kepada Mamat, Rusdi, meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Rusdi seorang yang gemarkan kehidupan liar, dia pernah melarikan diri dari rumah sebab bergaduh dengan ibunya. Tapi Rusdi sangat baik hati. Masih aku ingat kata-kata nya kepada aku dan Mamat, "kalau kau nak buat apa-apa, jangan main buat ja. Fikir dulu baik buruk. Jangan lupa jaga hati ibu bapa. Aku dulu lari dari rumah, tu memang kesilapan terbesar yang pernah aku buat. Korang jangan buat macam tu!" Aku dan Mamat hanya tersenyum dan mengangguk. Raut wajah Rusdi dengan tangan nya bergerak-gerak memberi nasihat kepada kami pada masa itu sebenarnya agak menggelikan hati kami. Selepas Rusdi beredar, Mamat meniru semula gaya dan dialog dari Rusdi, membuatkan aku tergelak besar.
Terfikirkan waktu kecilku, aku terlalu bodoh tidak mengambil berat kata-kata Rusdi. Nasihatnya tu memang ada gunanya. Apa yang aku mampu lakukan pada waktu itu hanyalah tersenyum dan mengangguk. Tapi aku sedar, kekesalan aku pada waktu kini tidak merubah apa-apa. Ahhhh, begitu cepat masa berlalu. Rusdi sudah pun kembali ke rahmatullah(Al-Fatihah).
"Shakkir... Aku ada abang yang paling hebat di dunia, dan sekarang dia sudah tiada....." kata-kata Mamat di saat aku pergi melawatnya beberapa bulan yang lepas membuatkan lidah aku terkelu seribu bahasa. Aku tergamam, diam tak terkata, hanya melihat wajah sayu Mamat. Dahinya berkerut, aku tahu dia cuba menahan air mata nya mengalir. Dalam waktu itu, mak kepada Mamat muncul dengan air teh panas untuk dihidang kan kepada aku, Mamat senyum dan menjemput aku minum. Mamat, kau la sahabat yang paling tabah pernah aku jumpa seumur hidup aku!
Pandangan aku beralih, melihat sekeliling halaman rumah. "Masa bergerak begitu pantas..." kata hati kecilku. Adikku sudah pun berumur 6 tahun. Tapi tangisan awalnya semasa dia masih kecil masih segar dalam ingatan aku. Semuanya seperti baru berlaku beberapa hari yang lepas. Kini, adikku sudah pandai untuk berfikir dengan sendiri, bergaduh, berjalan, malahan lagi berlari. "Masa di mana aku sedar semuanya berlalu dengan pantas adalah masa di mana masa sedang bergerak dengan pantas," aku tersenyum mengingati kembali bait ayat dari sebuah novel karya Ramlee Awang Murshid. Sekilas, aku mula menyedari, aku adalah manusia yang tidak mampu untuk mengubah masa. Biarpun jam dinding yang aku hempas di lantai lebih kurang sedekad yang lalu itu hancur berkecai sekalipun, aku masih lagi tidak dapat mengubah masa.
Benak kepalaku kosong.......
No comments:
Post a Comment