Entah la . .
Terlamapu banyak pengalaman bersama cikgu aku menjadi kan aku seorang yang amat mengagumi cikgu.
Ayahku , seorang guru, sejak aku dilahirkan .
Maka aku sangat tahu perangai seorang guru.
Selalu memarahi aku , sentiasa menolong aku dalam kesusahan , selalu betanyekan masalah aku, itulah CIKGU !!
Sebuah cerita diungkit kembali...
Zaman Persekolahan aku yang di penuhi pancaroba, onak berduri, dalam keadaan kekalutan budaya serta serba tak cukup...
Teringat aku semasa mula2 aku memijak kaki di sebuah tadika, Aku menangis tanpa henti kerana aku x suke akan suasana di situ..tp , yg menenangkan aku , Cikgu !!Akhirnye menamatkan pengajian di tadika,Dengan memegang segulung kertas kosong..diambil gambar..Aku ingat itu adalah pengakhiran untuk aku berjumpa cikgu aku..Tapi..........
Sekolah Kebangsaan Bukit Gading , Tanah Merah Kelantan ...
Sekolah petama aku..Kali ini aku masih berjumpa cikgu...Hari pertama aku di sana aku mendiamkan diri sehingga lah cikgu aku mengajarkan aku erti RAKAN...Aku mengenali orang2 sebaya dengan ku..Bertanyakan name , tempat tinggal, dan bercerita tentang kegemaran masing2..Cikgu mengajar aku erti SOSIAL!!!Masih aku ingat semasa aku berumur 11tahun, ckigu bertanyekan aku samada aku menyayangi emak aku atau x ? dan aku menjawab aku sayangkan emak aku walaupun aku masih x tahu makna sebenar syg..cikgu aku pula menerangkan pada aku erti SAYANG!!Pada umor 12tahun aku mula menghafal lagu2 dari band yang aku minati dan selalu menyanyi kecil di dlm kelas...Semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah,aku di jemput ke pentas untuk menyanyikan lagu sempena hari guru..Aku menaiki pentas dengan di iringi tepukan gemuruh..Kemudian , Aku menerima ucapan terima kasih dari cikgu aku..Mengajar aku erti DIHARGAI!!! Hari perpisahan pelajar Tahun6 di sekolah..Cikgu menyuruh aku bersalaman sesama rakan2 aku..megucapkan selamat tinggal mungkin buat sementara waktu..Cikgu mengajar aku erti PERPISAHAN!!!Aku membayangkan pula aku akan menyambung pengajian aku di tempat di mana tiada seorang pon yang aku kenali...
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Machang Kelantan...
Sekolah kedua aku setelah mendapat tawaran di sana..Kedatangan aku di sambut gembira oleh cikgu2 aku walaupun satu orang pun cikgu aku x knl pada watu itu..Aku di tempatkan di asrama dan mula bergaul dgn orang2 di sana..Menggunakan ape yg telah aku pelajari dari cikgu aku pada waktu sekolah rendah..RAKAN dan SOSIAL!!!Tapi pergaulan aku dengan RAKAN menyebabkan aku terlalu SOSIAL hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan cikgu aku..Aku di panggil ke bilik kaunseling dan di nasihati oleh cikgu aku..Dia mengajar aku erti INSAF!!!Tapi,kelemahan manusia sukar di bendung..Berumur 14tahun, aku mula berubah semula..Menjadi 'liar'...Bilik disiplin sudah sinonim bagi hidup aku di bumi Wataniah...Cikgu pula mengajar aku erti DISIPLIN!!!suatu benda yang aku paling benci !!Berumur 15tahun, aku di ingatkan oleh cikgu2 aku tentang peperiksaan PMR..Mereka mengajarkan aku erti USAHA!!!Kata mereka, usaha tu tangga kejayaan...Tapi, aku langsung x ambil tahu tentang hal tu...Dua minggu sebelum exam PMR bermula, aku bergaduh dengan Senior aku..Aku memukul nye di suatu tempat yang agak feymes bagi semua umat bernama manusia...Toilet!!!Seminggu selepas itu, aku dipanggil ke mahkamah sekolah di hadapan semua cikgu dan pengetua sekolah..Di bicara kan, dan di dapati aku bersalah..Aku di ajar erti KESALAHAN!!!Cikgu yang aku x kan lupa name nye, Zulkapli Mat Sin menjatuhkan hukuman buang asrama tanpa rayuan..dan telah 'balcklist' name aku di sekolah itu...Beliau mngajar aku erti HUKUMAN dan PENYESALAN!!!!
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 , Tanah Merah Kelantan...
Sekolah ketiga dan sekolah terakhir untuk aku...Aku di tempat kan di kelas kedua dari atas..Cikgu bertanyekan tentang sbb aku berpindah sekolah..Aku menceritakan nye dan menyuruhnye merahsiakan tentang itu..Cikgu itu mengajar Aku erti MALU!!!Minggu kedua di sekolah itu, aku Melompat Pagar Belakang sekolah aku untuk menguji setinggi mane lompatan aku boleh di buat...tapi laluan aku tersasar ke gerai berhampiran dan melepak bersama pelajar lain..Aku mengaplikasikan pengajaran dari cikgu aku dulu iaitu SOSIAL!!!Aku hampir di tangkap oleh cikgu disiplin semasa lompatan buat kali ke enam kalau x silap aku..Tapi , tanpa di sangka2 cikgu disiplin aku telah mengajar aku erti BERHATI-HATI!!!Lomptan seterusnye aku x kn di tangkap lagi...Aku memasuki Form5 di kelas teratas sebagai pelajar target...Cikgu aku men'survey' perangai aku semasa aku Form4 dan mendpati aku selalu ponteng kelas..Mereka menasihati aku dan mengingatkan aku erti KEJAYAAN!!memberitahu tentang penting nye SPM untuk hidup aku...Tapi, aku sebagai manusia yang lemah hanye mampu mengikut kata hati dan kemahuan sendiri..Kerja lame di teruskan..Bulan kedua aku Form5 aku di kejutkan dengan jeritan serta kemarahan guru Prinsip Akaun aku..Tanpa beliau sedari , aku mula belajar erti MENYAMPAH!!!!Kelas Prinsip Akaun langsung tidak lagi aku masuki sehingga cikgu tu meminta maaf kepada aku..Aku mula sedar dan memahami erti MAAF dan TANGGUNGJAWAB!!!aku mula memasuki kelas Prinsip Akaun..Pencapaian Prinsip akaun aku di luar jangkaan semasa Percubaan SPM kerana dari D kepada A..Cikgu memuji aku dan aku dapat rasakan dia sedang mengajar aku erti BANGGA!!!Seminggu Sebelum SPM, Aku telah ditangkap ponteng perhimpunan..muka Cikgu PK Hem iras2 Batista kat WWE yang aku selalu tengok membuatkan aku kecut perut..Aku mempelajari pula erti TAKUT!!!Aku meminta dari cikgu tersebut peluang terakhir aku di sekolah tersebut sebelum aku di 'blacklit' buat kali kedua..Beliau menerima permintaan aku..Aku mula Belajar darinye erti TOLAK ANSUR!!!Dengan mengaplikasikan semua yang aku pelajari dari semua cikgu2 aku , aku menduduki exam SPM aku dengan hati yang tenang..Alhamdulillah, aku berjaya jugak dalam SPM aku...
Kini Aku tidak lagi berada di alam persekolahan..Membuatkan aku rindukan zaman bersama cikgu2 aku..
Apepon , Selamat Hari Guru buat SEMUA cikgu2 di seluruh pelusok dunia ini...
SELAMAT HARI GURU !!
No comments:
Post a Comment