Tuesday, April 5, 2011

Menangis lah! Keluarkan Air Mata Mu ~

Dah lama sangat tak update, aku kuatkan juga jiwa raga aku untuk meng-update blog aku ni. Aku harap entry kali ini boleh membantu korang menangis non-stop, tak payah tahan-tahan. Selepas korang baca entry ni, mesti korang takkan cuba pujuk orang yang tengah menangis dah. Haha. Jangan salahkan aku dah laa ye kawan-kawan. peace ~ :-)

* * * * *

Air mata adalah kelenjar yang dihasilkan oleh proses lakrimasi untuk membersikan mata. Kata lakrimasi juga boleh digunakan merujuk pada menangis. Emosi yang kuat juga boleh menyebabkan menangis, walaupun kebanyakan mamalia darat memiliki sistem lakrimasi untuk membiarkan mata mereka basah, manusia adalah mamalia satu-satunya yang mengandungi emosi air mata.

Setiap orang pasti pernah menangis. Mungkin baru tadi, 1 jam yang lalu, 10 jam yang lalu, kemarin, bulan lalu, atau mungkin tangisan yang terakhir ialah ketika masih kecil. Secara umum, seseorang menangis atas beberapa faktor seperti:-

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana terikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis buaya (pura-pura menangis).

Mengikut satu buku yang aku baca, "Psychology - Human, humor, eyes and tears", ada menerangkan bahawa setiap tangisan akan mengeluarkan segala masalah dan mampu menenangkan fikiran. Jika seseorang itu cuba menahan diri dari menangis, beliau boleh menyebabkan sistem peredaran darah ke dalam otaknya tidak stabil menyebabkan beliau tidak mampu mengawal emosi negatif seperti kemarahan yang melampau!

Ikuti pula apa yang aku perolehi tentang khasiat air mata daripada 'research' yang aku buat. : -


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Menangis memang dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah tafsir mengenai itu, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata sebenarnya boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran.

Ini dia 7 khasiat atau kebaikan yang anda semua perolehi dari menangis dan mengeluarkan air mata : -

1. Membantu Penglihatan.
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat mata seperti 'Eyemo' dengan iklan bodoh dengan lembu yang ikut sama bodoh, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit. Cool kan? haha.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis mampu menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar hasil daripada menangis kerana emosi ternyata mengandungi racun. Ini bermakna, racun dikeluarkan dari badan setiap kali kita menangis selepas bergaduh dengan boyfriend atau girlfriend! Bunyi macam anda akan bergaduh dengan kekasih setiap hari sebab nak buang racun. :-P

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin(aku pun tak tahu apa benda ni.haha).
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang membangunkan sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan mereka nasihat, dan hal ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya akan berasa sedemikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega di hati.
Setelah menangis, sistem saraf, peredaran darah, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam karena Anda boleh menangis tanpa tertahan dengan penuh perasaan negatif.

Jadi, tidak apa-apa kalau Anda menangis sesekali.


Air Mata ternyata memiliki beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus-menerus boleh menyebabkan air matanya kering? Malahan, orang yang menangis memiliki beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya. Jadi jangan malu untuk menitiskan air mata karena air mata itu memiliki keajaiban. Air mata berfungsi untuk membersihkan kotoran yang ada dimata.

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Menangis terlalu lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah tafsir, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? MENANGIS LAH! KELUARKAN AIR MATA MU ~


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lebih dari saintifik dah ni . . hahahha

    ReplyDelete
  3. menangis menenangkan tp memedihkan mata haha..hencik kay...! x ckp pun ada blog..kite dh follow hihi tq sbb tlg saya tau

    ReplyDelete
  4. I don't think my blog would interest you to follow . . Sorry lah . . Ouh, no problem . . Nasi Ayam Chicken Rice Shop la jom! LOOL xD

    ReplyDelete