Thursday, August 26, 2010

Separuh Bulan Berpuasa (Raya Sudah Dekat!!!)



Sudah separuh bulan kita berpuasa.
Tak de benda lain yang terlintas dalam fikiran melainkan "raya sudah dekat" !!
hahaha .

Tapi, sesekali aku terfikirkan kampungku yang jauh di Utara .
KELANTAN.
Teringatkan ayahku yang sedang bekerja.
Pada Mak aku.
Oh, ya !!! Mak aku .

"Bagaimanakah keadaan dia di sana?
Cukupkah makan nya disana?
Sape yang jaga dia?
Sape yang tolong dia buat kerja-kerja rumah?"

Tanpa aku di sana.....

Mengingatkan kembali saat mcmana dia menjaga aku.
Sangat susah sehingga aku membesar menjadi dewasa.
Takkan aku lupa semua itu.
Tak sabar aku nak balik raya jumpe dorang !!!


Jasa Bonda
Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati

Beringat-ingatlah berpesan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia

Disaat kau berjaya
Dia tiada berdaya

Semoga kau tak lupa
JASA BONDA.

Friday, August 13, 2010

When the day was come . . Ramadhan Begin !!! Selepas Trip kat Bukit Fraser yang memenatkan . .




Pejam celik Pejam Celik . . Dah sampai pon bulan Ramadhan Al-Mubarak ini . . Pada bulan ini semua muslim akan menunaikan puasa yang wajib . . Syaitan Dibelenggu pada bulan ini . .
Puasa bermaksud menahan diri . . Dalam Islam , puasa di istilahkan sebagai Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa yang disertakan dengan niat pada malam harinya sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.
Puasa adalah rukun islam yang ke-tiga .
Semestinye, kita seharusnye bersyukur menjadi umat Islam kerana setiap perkara baik yang kita lakukan di anggap sebagai ibadah dah mendapat hikmah di sebalik perlakuan kita. Demikian lah juga berpuasa di bulan ramadhan.

“Dan carilah pada apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagian negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari keni’matan dunia.”

Hikmah yg diperoleh dari ajaran berpuasa Ramadan nilai kesalehan selalu berada pada jaringan sosial masyarakat dilandasi oleh kualitas iman dan takwa. Sehingga dalam kalbu kita tumbuh pribadi yg kuat senantiasa ikhlas beramal dan bukan pribadi yg selalu menjadi beban orang lain. Kondisi sekarang kesalehan sosial yg berwujud rasa peduli terhadap merebaknya kemiskinan terlihat jelas konteksnya.
Islam tidak boleh membiarkan umatnya hidup serba kekurangan melainkan dijadikan manusia itu menjadi mahluk yg hidup dalam keseimbangan antara keperluan duniawiyah dan ukhrawiyah. Karena itu hikmah puasa Ramadan secara kondusif melahirkan dua dimensi keberkahan kehidupan dunia dan akhirat.
Secara fisik dgn berpuasa seseorang harus mampu mengendalikan nafsu sekularitas hedonistis egoistis maupun sikap hidup kompetitif konsumtif agar hidup ini senantiasa dihayati sebagai rahmat dan ni’mat dari Allah SWT. Mereka harus menahan rasa lapar dan haus tidak melakukan hubungan badan dgn istri dari waktu fajar hingga matahari tenggelam di petang hari serta tidak melakukan perbuatan jahat tidak mengeluarkan kata-kata kotor menahan emosi dan nafsu amarah serta berbagai perbuatan tercela lainnya.
Allah Swt berfirman “Dan carilah pada apa yg telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagian negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu dari keni’matan dunia.” . Dari sana pula pendekatan yg fleksibel sesama umat dijalin dgn batas pengertian tertentu yakni berpegang pada pokok akidah yg kita yakini sehingga upaya mengangkat kemiskinan terwujud dgn semangat kebersamaan dan solidaritas yg tinggi dalam implementasi wadah puasa Ramadan yg penuh rahmat ampunan dan barakah.
Bila sebut tentang puasa , harap semua pon berpuasa lah.

Menahan diri :-)

Korang nak mati ke ponteng puasa ?
So , baik jgn ponteng.

Aku x rase korase nak jadi macam nih.
kantoi makan dalam hutan !! wakakakka :P

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dalam Tiga hari sebelom puasa , aku mengikuti The Underestimate team hiking Bukit fraser. 6 Ogos, malam, aku bertolak MMU Melaka ke RNR Sungai Buloh menunggu serombongan lagi ahli team aku dari Cyberjaya. Di ikuti jugak 2 orang lecturer UITM Puncak Alam, Berry n Nisa, serta seorang lagi membernye Tuty Aisyah.
Sampai di sana, maybe sbb terlalu excited sgt sampai aku tak boleh tido. Perancangan kami adalah tido di RNR Sungai Buloh dan bertolak ke Bukit Fraser untuk hiking dalam pukul4 pagi. Semua berlaku seperti di rancang, bertolak pada pukul4 ke sana.
Perjalanan dirancang kadang-kadang takkan menjadi seronok jika tanpa masalah. Semasa perjalanan unutk ke sana, kereta kepunyaan Berry yang di pandu oleh Azmir telah pun mati enjin. Haduuii !! Semua mesti fikir lewat nak hiking time tuh. Van MMU dan sebuah kereta Cyberjaya meninggalkan aku, Azmir, Bob, Ongah, Tuty, Berry, dan Nisa di tengah-tengah hutan fraser. Mereka mencari bantuan mekanik untuk repair kereta kepunyaan Berry. Dalam 1 jam lebih la jugak kitorang duk tggu dalam hutan tu. macam2 hal dah berlaku. ahhaha

tengok nih !!
Bob, "Macamane Berry?"
Berry, "Adoi laa..Habis lagi duit aku."(mengeluh)


Azmir,"Ni nak kena bukak semua ni baru hidup balik ni!!"
Bob, "Mane ade mir. Aku rase semua nih Fius je nih."
Aku, "haha. Betol tuh Bob!!"
Tuty, "Lapar ni. Korang tak nak makan biskut ke?"
Nisa, "uish, lawa lak aku posing macam neyh."
hahahha :P


Sejam Kemudian ..........
Azmir, "Macam sembelih ayam je tuh"
Abang pakai Cap, "Penat-penat aku datang ko perli aku lak"
Abang baju biru, "Ntah, Shut up n Look!!"
Ongah, "aku memilih untuk berdiam diri"
ahakz =P

At the last, mekanik tuh kate nih mmg masalh fius. So, betol lah dugaan Bob tadi. Tapi dah semua tak reti dan x tahu ape-ape, nak buat camner. ahha :D
So, hiking untuk hari tuh cancel sebab dah lewat sgt. Perancangan nye , tido dulu malam ni , hiking esok pagi, 8 Ogos 2010. Perjalanan di teruskan dan kitorang sampai ke Bukit Fraser. Tempat yang Sempit tapi nyaman. Udara sejuk. Kate Ongah "Tempat yang sesuai untuk honeymoon". hehe. Dah pandai2 honeymoon sekarang. hahaha :))
Bila dah sampai tak de mende lain yang fikir selain nak rehatkan badan. Tapi sambil2 rehat pon ade byk mende boleh buat la. hehe :D


Penat. Tapi dah Gila camera sgt nak buat camner.
nak posing jugak.
hahahaha :))


Dari kiri : Tuty, Berry, Nisa


tahu x, berry nih mmg suke bunga.
hehe :D




Shooting time kitorang semua tengah makan.
Adoi3. patut ajak la aku nak amik gambar.
hahaha :))


Sbelom balik bilik di chalet Seri Peninjau kepunyaan TM, sempat lagi kitorang pegi air terjun di sana. Yang naik Van MMU lak sempat lagi singgah kat Paddock sebab nak menunggang kuda. Maybe dah penat naik kereta. haha :P

haa . . nih kat air terjun. yang tak best air dye nampak kotor giler.
tahu lah tu pesal.


Ni semua yang naek van.
Time nih , Berry, Tuty, Nisa naek van. Kereta tinggal kat tempat makan td.
Sempat jugak aku curi pic nih dalam facebook Tuty.
hahaha :))


Keesokan hari lepas kitorang semua berehat panjang pada malam nye, Kitorang semua memulakan misi utama iaitu untuk menawan puncak Pine Tree Hill. Mengikut kate2 orang dekat2 situ , perjalanan memakan masa 7 jam pergi dan balik. So, Kitorang kena sediakan makanan dan minuman yang cukup untuk tu. Walaupun semua dah ready, kitorang still bimbang kat x sampai pada waktu yang di jangkakan.

Kami sebelum bertolak ke starting point.
Kat Sri Peninjau.
Ape Pon Gambar aku Paling hensem. haha :P


Kat pintu masuk ke sana.
yang pasti semua nampak gembira je awal-awal nih.
hehe. (sebenarnye sebab depan camera kowt)
LOL :))


Label menunjukkan 3.9km dari pintu mula tadi.
Yang x leh blah, x pasal2 muka aku ade kat dalam nih.
wkakakakaka :P


Huish . . Jalan nye mmg penuh liku-liku. Penat gak la aku jalan tapi yang penting dapat enjoy keindahan alam semulajadi kat Fraser Hill. Kat Sini mmg semua tumbuhan Lawa-lawa.
Udara sini sgt nyaman. Maybe sbb masih tak byk pembangunan macam kat Genting or Cameron Highlands.


Pic yang membawa pada kontroversi.
haha.
Ni time cubaan memanjat nih. hehe.


Jalan ke puncak nye amat susah.
Kadang-kadang curam, kadang-kadang terlampau landai.



haaa.... Lau nak tahu nih la Boss The Underestimate.
Sampai tuh, 1stly yang penting , amik gambar dulu.
Betol x boss ?? haha :))


Tuty ngan Berry adalah orang yang paling Happy bila Smpai ke puncak !!
Hehe :D


Muka Penat bercampur dengan kepuasan!!
memang best giler la.


Ape-ape hal aku pon nak posing ngan awek jugak!!
hehe :P


Last2 semua dah lapar.
Nak makan pon berebut je.
haha. ape pon enjoy the experiences. :P


Aku 1st tu mmg dah nak berehat dan makan. Tapi atas ajakan Bob untuk mengikut Boss Fazli ke puncak satu lagi iaitu Twin Peak !!! Mengikut kate Azmir , perjalanan ke sana memakanmasa lebih satu jam. Tapi dengan meng-follow Boss fazli , kami berjaya sampai di sana hanya 15minit. Memang kami bertiga berjaya buat record yang HEBAT!! heehe :P



Hehe :P
Aku dan Bob tiba selepas beberapa minit Boss Fazli sampai.
"Penat tapi puas!!!"


Huhu!! Lawa Giler Aku punyer pic nih dgr boss !!
HEhe . . Indahnye ciptaan tuhan . . ;-)


Jap!! ade lagi la gambar aku . . hehe . . jap nak upload nih !! hehe :P






Waaaaa . . Smart kan ?? hehe :D


Selepas tuh aku ke puncak yang tadi untuk berehat sebentar dan mengumpul balik tenaga aku. Kat sana Sempat lak amik gambar beramai-ramai. Gambar kenang-kenangan bersama la katakan. hehe :P

Gambar nih , semua 19 orang yang pergi ade dalam nih.
Pic nih di ambil oleh sorang brader yang mendaki gunung seorang diri(???)
ok . . sekian . . hehe :P


Selepas pendakian yang memenatkan, aku terus bertolak balik ke Melaka. Kitorang semua, MMU Melaka, Cyberjaya, n 3 lagi pompuan tu berpecah ke jalan masing2 selepas makan. Perkenalan dengan beberapa orang baru membuat aku rase senang untuk membuat aktiviti seperti ini lagi.
Sampai je di Melaka , terlampau byk cerita yang di kongsi kan. Dengan cerita Azmir mendengar bunyi "ketok! ketok! ketok!". Di ikuti Nazir juga yang mendengar bunyi tersebut. Malahan, Azmir sendiri lak siap di sentuh kat tengkuk dari belakang. Aku lak tak de benda pelik melaenkan aku nampak ular tedung selar sebesar betis kat jalan yang baru sahaja Azmir dan Boss Fazli lalui. Yang pasti, itu semua hanyalah makhluk tuhan, Allah yang menyapa kita sekejap cuma sebagai kate2 "Selamat Datang" dan "Selamat Pulang". Sekilas, aku teringat balik tentang seseorang. Abang yang ambik gambar tu muncul secara tiba-tiba seorang diri dengan hanya membawa sebotol air mineral kecil sehingga ke puncak. Agak mustahil. So, sapekah abang yang amik gambar kite tu ?? (tanda tanya)