Friday, October 7, 2011

. . . To Parents and Parents-to-be : Janganlah Berbohong atau Menipu! . . .

"Kalau bukan mak dengan ayah saya yang ajar, siapa lagi? Ha ha ha."

Jawapan beserta gelak tawa budak berumur 5 tahun itu buat aku tersentak. Benak fikiran aku menerawang jauh memikirkan detik-detik awal kita lahir ke bumi. Lahir nya kita dari rahim ibu, tangisan di iringi laungan azan(bagi Muslim) dan tawa gembira dari ibu bapa. Tangisan gembira itu menjadi kenangan manis buat kita, bermula apabila kita anggap itu sebagai hari bersejarah buat kita. Tarikh itu di kenang setiap tahun, dengan sambutan yang meriah dan kita berpeluang mendapat hadiah. Di kalendar rumah, 'My Birthday! :D " di tanda pada tarikh tersebut. Peluh si ibu melahirkan kita akhirnya berbaloi setelah kita menjadi anak yang mampu membanggakan mereka.
Siapa yang tak sayang anak? Ya, itu lah yang ingin aku kaitkan di sini. Semestinya sebagai seorang ibu, atau bapa, kita mahu kan anak yang boleh di harap menjaga kita di hari kelak dan mampu menjadi seorang manusia yang berguna dengan sifat-sifat yang mulia. Mahu kan anak yang tidak terjebak kepada gejala sosial, yang pandai menjaga diri, tahu baik dan buruk, menghormati orang tua dan menjaga tingkah laku nya.

"Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri."

Rangkap pantun itu, mengimbau semula zaman bermulanya persekolahan anak-anak. Para guru menyampaikan mesej yang bersahaja melalui pantun tersebut. Dan kita terdidik, antara sedar ataupun tidak, menjadi seorang yang bencikan penipu malahan pencuri-pencuri sangatlah tidak di sukai oleh kita semua. Persoalannya, sejauh mana kah keberkesanan pantun ini untuk mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang tidak akan bercakap bohong? Adakah guru tidak memberi didikan yang lebih terhadap anak-anak sehingga mereka pandai berbohong atau menipu rakan-rakan, orang sekeliling, malahan ibu bapa mereka sendiri...?
"Pernahkah kamu berbohong?"
Semestinya! Berbohong itu sendiri ibarat duri dalam daging kita. Bagaikan aur dengan tebing untuk kehidupan yang lebih sempurna, tak dapat di pisahkan.
"Tapi saya bohong atau menipu sunat je. :P "
Jika istilah 'menipu sunat' itu betul-betul wujud, sebenarnya itu lah punca dan penyebab kepada masalah ini. Bukan lah kerana guru-guru tidak memberikan didikan yang sempurna kepada kita, tetapi ia adalah berpunca dari ibu bapa yang sejazali lagi lebih suka menipu anak-anak.
Dalam peringkat tumbesaran, begitu mudah untuk setiap anak-anak menyerap pengajaran yang tidak langsung dari ibu bapa mereka. Dalam awal usia setahun, ibu bapa sudah mula menipu anak-anak mereka. Menyatakan bahawa dia ingin keluar sebentar sahaja jika anak-anak mereka merengek ingin mengikut mereka. Realiti nya, si ibu atau bapa pergi keluar membeli belah dan berbual bersama-sama rakan sehingga berjam-jam lamanya. Mereka mula belajar dari situ, si ibu atau bapa telah membohonginya.
Pada umur 4 tahun, tanpa di sedari, mereka di bohongi lagi. Pesanan ibu bapa mereka, "kalau buat perangai baik-baik, nanti mama beli kan hadiah." Hasilnya, walaupun mereka berperangai baik, tiada langsung habuan atau hadiah yang mereka terima. Pada usia 4 tahun, minda anak-anak dalam peringkat membina di mana mereka sangat peka dengan keadaan dan perbuatan orang di sekeliling mereka. Penipuan seperti ini yang secara tidak langsung mengajar mereka berbohong seolah-olah menggalakkan lagi mereka untuk berbohong.
Benda yang seringkali berlaku ialah jika anak-anak melakukan kesilapan kecil, ibu bapa mula memarahi mereka dengan nada yang tinggi atau terus merotan mereka. Anak-anak yang takut di rotan ibu bapa mereka semestinya akan menyembunyikan tangan. Mereka akan mula menipu ibu bapa mereka kerana tidak sanggup menerima hukuman dari orang tua mereka. Rotan sememangnya berkesan untuk mendidik, tapi bukan lah untuk kesalahan kecil yang mereka lakukan. Tegur atau nasihati lah dengan lembut kesalahan yang mereka lakukan, cara halus ini jauh lagi berkesan!
Jelaslah, anak-anak mula belajar berbohong atau menipu dari orang tua mereka sendiri. Guru-guru atau rakan-rakan mereka tidak seharusnya di persalahkan dulu dalam soal berkaitan ini kerana pendidikan awal mereka yang bermula di rumah itu lah yang membentuk rohani mereka.
Bersama-sama lah kita renungi peribahasa dari aku :
"Bagaimana acuan, begitulah kuihnya."