Wednesday, November 3, 2010

. . . Rahsia Mimpi . . . (Tengah pening2 aku taip) ~

MIMPI. Sejauh mana kita tahu tentang mimpi?
Teringat kata-kata seorang sahabat aku dulu.

"Kau tahu mimpi je, kau bukan tahu apa-apa tentang mimpi!!!"

Mengikut kamus Dewan, mimpi bermaksud sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur seseorang. Mimpi biasanya berkaitan dengan apa yang sedang menjadi fikiran seseorang. Kadang-kadang apa yang pernah dilihat, dialami dan dirasai oleh seseorang itu sering kali melintas dalam mimpinya.
Kandungan dan tujuan biologi mimpi tidak dapat difahami sepenuhnya, walaupun topik ini mendapat perhatian umum sejak berabad lamanya. Kajian saintifik mengenai mimpi dipanggil sebagai oneirologi.
Kajian menunjukkan terdapat sekumpulan tema yang kerap berlegar dalam mimpi. Antaranya ialah situasi membabitkan sekolah, dikejar, berlari dengan perlahan, seakan-akan terjatuh, datang lambat, seseorang yang masih hidup tiba-tiba mati, gigi tercabut dan saat memalukan.
Analis Certified Dream Lauri Loewenberg Quinn, penulis buku ‘Cracking The Dream Code’, mengungkap mimpi sebagai firasat atas kondisi kesehatan.

“Ketika Anda melihat simbol-simbol tertentu dan tindakan dalam mimpi Anda, mungkin menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak beres dengan pikiran atau tubuh Anda,”

Ada di antara kita menganggap mimpi hanya sekadar mainan tidur semata-mata dan ada juga yang mengambil serius tentang mimpi mereka. Mereka yang memandang serius biasa nya dari kalangan yang jarang mendapat mimpi. Hal ini menjadikan mereka obses untuk lebih mempercayai ape yang di mimpikan.
Menurut orang jawa pula, hanya mimpi pada tarikh tertentu yang akan menjadi kenyataan. Hanya mimpi pada tarikh ber angka 7, 8, 10, 11, 13, 14, 16, dan 17 dianggap boleh menjadi kenyataan. Manakala, tarikh ber angka 9, 11, 15, dan 18 termasuk dalam kelompok mimpi yang tidak menjadi kenyataan.
Apapun, aku mencoretkan serba sedikit tentang tafsiran atau rahsia mimpi sebagai panduan. Bukan untuk dipercayai seratus peratus, tetapi sekadar bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan kita semua.

Mimpi dan Emosi & Kesihatan

1. Mimpi Rumah Terbakar
Bermimpi rumah terbakar menandakan anda mengalami tekanan fikiran atau stress yang sangat melampau.

2. Kereta
Sebuah kereta menandakan suatu kemajuan dan kemampuan untuk bergerak maju dalam pelbagai bidang kehidupan. Mimpi yang paling umum adalah bahawa anda menaiki kereta dan kereta tersebut mem'brake' secara mendadak. Mimpi ini membawa maksud anda memiliki gaya hidup tidak sihat dan perlu menghentikan perbuatan yang membahayakan nyawa.

3. Tenggelam dalam Air
Ini bermaksud Anda sedang mengalami masalah dan memiliki tanggungjawab yang cukup membebankan kehidupan anda.

“Air merupakan emosi anda. Sehingga setiap kali air muncul dalam mimpi, termasuk gelombang pasang surut, itu adalah tanda bahwa emosi anda perlu diberi perhatian,”

4. Pendarahan
Darah dalam mimpi adalah simbol tenaga fizikal dan emosi Anda. Kehadiran darah dalam mimpi adalah tanda bahwa anda meletakkan terlalu banyak beban. Untuk itu, tenaga perlu dipulihkan dan sentiasa bertenaga.

5. Jatuh
Mimpi jatuh semasa menuruni tangga atau dari sebuah bangunan menandakan bahawa sesuatu dalam hidup anda bergerak ke arah yang salah. Mungkin juga anda mengalami masalah kewangan. Atau mungkin anda sedang mengalami tekanan hidup.


Mimpi dan Kitab Tajul Muluk

Di patuk atau di belit ular - anda bakal memperolehi isteri atau suami .

Mengerjakan sembahyang - sempurna pekerjaan dunia dan akhirat.

Memakan api - anda akan memperolehi seorang isteri yang miskin tapi bijaksana.

Burung putih terbang di rumah atau dapat ditangkap - bakal mendapat pasangan hidup yang budiman lagi berharta.

Membaca Al-Quran - anda akan panjang usia dan memperolehi apa yang dihajati.



Mimpi dan Perbuatan Dalam Mimpi

Melihat syurga - akan menjadi orang yang mulia.
Langit atau awan pecah - negeri sendiri akan dirampas orang.
Berenang di sungai - niatnya tidak akan terkabul.
Berjalan di sungai - akan bersedih.
Sedang belayar - akan berjaya dalam pekerjaan dan akan berjaya semua yang diusahakan.
Bertunang - akan kahwin cepat pada tahun itu.
Hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan . (patut lah ramai hisap rokok??)
Menggosok baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga.
Membayar zakat - alamat tidak akan kekurangan wang.
Menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan.
Membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda.
Tentang patung - akan memperolehi kemakmuran.
Melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan.
Makan daging gajah - akan mendapat rezeki.
Melihat harimau - mendapat kejayaan atas apa yang diusahakan.
Melihat kerbau - memperoleh kebajikan.



Mimpi dan Objek & Simbol

Labah-labah - Melihat labah-labah bermakna anda akan menjadi lebih berhati-hati, bekerja dengan rajin dan mendapat kejayaan.
Labah-labah yang besar bermakna kejayaan akan cepat tiba. Tetapi, jika dikejar atau digigit labah-labah, bermakna akan timbul masalah atau kesukaran dengan kejayaan anda.

Tingkap - Jika bermimpi melihat sesuatu dari tingkap, ini bermakna anda akan murah rezeki. Mimpi membuka tingkap memberikan khabar yang baik manakala mimpi tingkap pecah bererti anda bakal mendapat kesukaran dalam perniagaan dan cinta.

Air - Air melambangkan emosi dan perasaan anda. Dalam mimpi, ia menggambarkan hidup dan kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan dan sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai.

Ular - Jika anda seorang jejaka atau gadis yang bermimpi melihat atau dipatuk ular, bermakna anda bakal menamatkan zaman bujang.
Sekiranya anda sudah pun berkahwin, ia bermakna anda akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular berwarna-warni, bererti kebahagiaan akan menjelma.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Namun awas, jika anda bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna ramai yang memusuhi anda.

Wang - Jika anda bermimpi kehilangan wang, bermakna akan memperoleh rezeki yang halal. Mimpi mendapat wang saja bermakna anda akan jatuh sakit.
Mimpi menyebar wang, bermakna akan menderita kerugian kerana melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Mimpi menabung wang bermakna akan dibenci atau diperdaya orang.

Topi - Jika anda bermimpi memakai topi, bermakna kedudukan anda akan semakin lebih baik. Mimpi kehilangan topi bermakna ada sesuatu yang akan hilang di rumah anda.

Terbang - Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat, bermakna akan datang tawaran istimewa kerana anda yang mempunyai kelebihan yang sangat berharga.
Kalau diri anda yang terbang, ertinya anda akan memperoleh satu pengalaman atau ilmu yang bermanfaat dan berguna dalam hidup atau kerjaya anda.

Salji - Jika anda bermimpi melihat hamparan salji yang memutih, bermakna ada berita gembira menanti anda.



Mimpi dan Tanah Jawa

Mimpi disembur ular, akan mendapat jodoh.
Mimpi digigit ular, akan dilukai seseorang.
Mimpi melihat sarang ular mati semua atau melihat ular ganti kulit, akan berumur panjang.
Mimpi membongkar kuburan, akan mendapat rezeki dari menang loteri atau pertaruhan.
Mimpi merawat atau memegang orang yang sudah meninggal, akan mendapat rezeki yg banyak.
Mimpi mandi di perigi sendiri, akan sakit.
Mimpi mandi di sungai airnya yang deras, akan sakit tapi cepat sembuh.
Mimpi mandi di sungai yang tidak ada airnya, rezekinya kering.
Mimpi jatuh perigi atau sungai, akan mendapat kesusahan.
Mimpi berenang di tasik atau laut, keinginannya akan terpenuhi.
Mimpi hanyut di sungai, akan mendapat kesusahan.
Mimpi menyelam di dalam air keruh, akan mendapat kesulitan.
Mimpi menyelam di dalam telaga yang jernih, akan di diperlukan oleh negara.
Mimpi menyelam di dalam air yang sangat dingin, akan sakit tenat.
Mimpi mendaki gunung tanpa kesulitan, akan naik pangkat.
Mimpi mendaki gunung dengan susah payah, akan menghadapi masalah yang sangat pelik.
Mimpi berada di puncak gunung, akan mendapat anugerah.
Mimpi disuruh mengambil alih rumah orang lain, akan mendapat kenaikan pangkat.
Mimpi memiliki ayam jaguh, akan mendapat anak lelaki.
Mimpi mempunyai ayam atau burung, isteri akan mengandung.
Mimpi makan apam, akan mendapat wang.
Mimpi makan nasi dan sayuran, akan sakit.
Mimpi makan sambil berdiri, akan mendapat wang dalam jumlah yang banyak.
Mimpi makan dengan orang-orang terkenal, akan naik pangkat atau jabatan.
Mimpi makan daging, akan mendapat kebaikan
Mimpi minum air putih, akan dapat ilmu.
Mimpi air keruh, akan mendapat wang tidak halal.
Mimpi air panas, akan mendapat rezeki
Mimpi sakit tenat, akan mendapatkan keselamatan dan kemuliaan.
Mimpi merasa senang, akan susah atau sakit.
Mimpi merasa panas, akan mendapat wang yang menjadi miliknya(hutang).
Mimpi merasa dingin, akan kehilangan.
Mimpi keluar dari hutan, akan kehilangan.
Mimpi membakar hutan, akan mendapat kehormatan.
Mimpi rambut luruh, akan mendapat kecelakaan.
Mimpi dicukur, akan kehilangan.
Mimpi kepalanya disiram minyak wangi, akan mendapat rezeki.
Mimpi kepalanya dipegang oleh orang, keinginannya akan terkabul.
Mimpi luka-luka di badan, akan mendapat rezeki.
Mimpi berjalan dengan perempuan bukan isterinya, akan kehilangan.
Mimpi bertemu dengan lelaki yang dikenali, keinginan akan sesuatu akan terwujud.
Mimpi disakiti orang lain, akan mendapat kesusahan.
Mimpi pergi mengaji, akan berjaya dalam pekerjaan.
Mimpi digigit haiwan, ada orang yang menaruh hati.
Mimpi membahagi wang dengan suami/isteri, akan bercerai.
Mimpi bergaduh dengan isteri menggunakan senjata tajam, akan mendapat untung.
Mimpi memanjat pokok, akan meninggal.
Mimpi sedang menyanyi, akan mendapat kesusahan.
Mimpi terlanjang bulat, akan mendapat malu.
Mimpi berjoget atau menari, akan menghadapi bahaya.
Mimpi mempunyai tetamu yang sakit, akan memperoleh pertolongan.
Mimpi sedang merawat orang tua, akan medapat rezeki.
Mimpi berada di tempat yang gelap, akan berbuat dosa.
Mimpi membasuh muka, akan terlepas dari kesusahan.
Mimpi menyembelih ayam, akan kehilangan orang tua.
Mimpi menyembelih kerbau, akan medapat wang
Mimpi pergi jauh dari tempat asal, akan terserang penyakit.



So, at the end of story. Suke hati korang lah nak percaya ke tak. Semua ini hanya lah tafsiran semata-mata. Yang menentukan ialah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.
Apa yang aku catitkan kali ini adalah berdasarkan ape yang pernah aku dengar dari orang kampung dan jugak orang-orang tua. Selain itu aku juga membuat rujukan di internet(takkan lah aku pegi soal siasat orang Jawa. HAHA).
Aku menulis cerita tentang rahsia mimpi bukan untuk dipercayai sepenuhnya. Tapi sekadar rujukan untuk kita semua. Ini hanya lah catatan untuk rakan-rakan aku dan untuk semua.

"Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny."

Think yourselves . . . .